Semua orang pasti mempunyai kenangan tersendiri bagaimana rasanya apabila berada di kawasan perkampungan. Tidak kiralah sama ada perkampungan itu berada di dalam atau luar negeri, kesemuanya pas memiliki persamaan seperti udara yang menyegarkan, pepohon hijau yang menyejukkan mata dan suasana damai dan tenang yang dapat meredakan segala tekanan daripada hiruk-pikuk tinggal di kota besar
Kampung yang indah ini terletak di utara Guilin, Guangxi, selatan Tiongkok. Untuk sampai ke tempat ini, anda memerlukan kira-kira dua jam perjalanan dari pusat bandar. Destinasi ini sebenarnya terletak di antara tiga kampung iaitu Kampung Ping'an, Kampung Jinkeng dan Kampung Guzhuang yang dianggarkan wujud sejak 650 tahun yang lalu. Tempat yang menakjubkan ini setiap tahun dapat menarik banyak turis untuk datang berkunjung.
https://iluminasi.com/bm/8-perkampungan-paling-cantik-dan-bersih-dari-seluruh-dunia.html